
entri ni aku tulis berdasarkan pengalaman seorang aku yang pernah menjadi murid dan masih menjadi seorang guru…9 tahun lepas aku meninggalkan zaman persekolahan dan 3 tahun lepas aku mula menjadi seorang guru…banyak perbezaan murid dulu dan murid sekarang…
Awal pagi…
murid dulu : bila datang sekolah dah dekat loceng pertama bunyi, dah dekat nak sampai pintu pagar rasa macam nak berlari je…lagi-lagi bila tengok pengawas sekolah dah mula tarikh pagar utama…mula besarkan langkah…bimbang kalau tutup je pintu pagar utama, nama akan diambil dan akan dikenakan tindakan disiplin…takmo sebab malu….
murid sekarang : loceng pertama bunyi, masih berjalan lenggang – lenggang kat luar pagar sekolah…cikgu yang jaga pagar siap kena panggil, ‘awak, cepat sikit…’ tapi murid masih berlenggang…tanpa rasa takut atau bersalah…
sesi pembelajaran bermula…
murid dulu : bila terlambat je masuk kelas, mesti cuak…lagi-lagi kalau cikgu dah ada dalam kelas…pergi kat pintu, ketuk pintu, terus berjalan ke arah cikgu…sebelum cikgu bertanya kenapa lambat awal-awal lagi dah minta maaf berserta dengan alasan kenapa lambat dan berjanji takkan ulang lagi kesilapan sama…
murid sekarang : bila lambat masuk kelas, muka masih cool…kalau jumpa kawan kat tepi kelas, sempat lagi bersembang walaupun masa tu cikgu dah ada dalam kelas…pastu ketuk pintu, tanpa bagi salam atau ucap selamat, terus masuk dan duduk tempat sendiri…bila cikgu tanya kenapa lambat, boleh plak dia diam…bila ditanya beberapa kali baru tahu nak menjawab…itupun tanpa rasa bersalah…
persediaan sebelum belajar…
murid dulu : biasanya akan pastikan buku teks, buku nota dan alat tulis sedia di atas meja sebelum cikgu masuk…bila cikgu masuk je, jarang cikgu memberi arahan,‘keluarkan buku nota,buku teks…’ biasanya arahan cikgu hanya untuk memberitahu apa yang akan dipelajari dan muka surat yang perlu dirujuk oleh murid.
murid sekarang : meja – bersih…yang ada botol air…cikgu masuk, murid masih relax and steady…bila cikgu beri arahan keluarkan buku, baru tercari-cari…kalau kes yang tertinggal buku plak, selambe cicak cakap, ‘cikgu saya tertinggal buku di rumah…’ takde langsung usaha nak pinjam buku kawan di kelas sebelah…
ketika sesi pembelajaran…
semasa mengajar, kadang-kadang ada murid yang suka sangat bercakap…jenif proaktif punya…tak kira zaman dulu atau zaman sekarang…masa cikgu bercakap, yang belakang pun nak bercakap sama…bila suasana kelas dah bising, apa yang cikgu ajar kat depan macam tak dipedulikan oleh pelajar, cikgu mengambil tindakan berdiam diri…duduk dan diam sambil memerhati murid-murid dengan muka ketat…
murid dulu : akan terus diam sebab paham cikgu dah marah…diam tanpa sepatah kata…lepas tu baru cikgu akan sambung sesi pengajaran.
murid sekarang : akan terus bising…mereka sedar cikgu tengah marah tapi sengaja buat tak tahu…terus bising dan bising…selagi cikgu tak marah, tak meninggikan suara, selagi itu kelas menjadi seperti pasar ikan…bila cikgu mula marah, mula bising, baru tau diam…
sebelum berakhir sesi pembelajaran…
murid dulu : selagi cikgu tak keluar kelas, selagi tu tak simpan buku-buku yang digunakan dalam beg atau bawah meja…bila cikgu dah keluar kelas, baru simpan buku tersebut dan mengeluarkan buku untuk subjek lain…
murid sekarang : cikgu belum habis mengajar, buku dah tutup…kadang-kadang atas meja dah bersih…buku siap disimpan dalam beg atau bawah meja…
waktu balik…
murid dulu : selagi tak ucap terima kasih pada cikgu, selagi tu tak tinggalkan tempat duduk atau bergerak ke pintu sebab nak keluar cepat…bila dah ucap terima kasih, tunggu cikgu keluar, baru murid akan keluar…
murid sekarang : cikgu belum cakap lagi sesi pembelajaran dah tamat, tapi dah siap sedia tunggu kat pintu…bila ucap terima kasih, pelajar yang pada asalnya ada 30 orang jadi 3 orang je…tak semua betul-betul mengucapkan terima kasih pada cikgu…lepas tu terus keluar…
ni mungkin sedikit je apa yang aku lalui memandangkan usiaku dialam pekerjaan baru setahun jagung…dan apa yang tertulis bukan merujuk kepada semua murid dulu dan sekarang…hanya sesetengah sebab ada murid sekarang yang masih mempunyai ciri-ciri yang baik yang sepatutnya ada dalam diri seorang pelajar…
sebagai seorang cikgu, aku selalu mengingatkan anak didik supaya menghormati guru mereka tak kiralah mereka sangat benci pada guru tersebut atas alasan tersendiri…sebab, restu seorang guru sangat penting supaya ilmu yang diajar tu diberkati…aku juga selalu mengingatkan mereka supaya tidak terlalu bangga dengan kelebihan diri kerana bimbang bila-bila masa je kelebihan tu akan hilang bila kita terlalu sombong dan angkuh…
teringat pesanan seorang ustazah kepadaku masa aku ambil keputusan SPM di sekolah…
awak nanti jangan jadi cikgu lah…zaman saya ni dah ramai pelajar yang nakal-nakal…susah nak kawal…saya bimbang kalau zaman awak nanti, lagi teruk keadaannya…keje cikgu ni bagus…banyak pahala…tapi silap caranya, dosa yang kita tanggung…
tapi ini jalan yang aku pilih…semoga aku tetap bersabar dan tabah…masih berbaki 32 tahun sebelum berpencen…kihkihkih~
*seorang rakan cikgu pernah kata, ‘pelajar dulu, kalau tengah ramai-ramai berjalan kat koridor atau berjalan menuju ke kantin, bila nampak je cikgu nak lalu, terus beri laluan…biarkan cikgu lalu dulu…lepas tu baru diorang akan ikut berjalan di belakang guru…kalau masa jalan tu tengok ada cikgu kat tepi koridor, akan cakap, ‘saya minta lalu, cikgu…’ tapi pelajar sekarang, dah terbalik jadinya…bila tengok cikgu berjalan kat tengah-tengah ramai pelajar tu, dia buat tak endah je…last-last cikgu plak kena mintak kebenaran, “cikgu minta lalu…”‘ Q_Q
k, bye
![]()





nurhafiz says:
biasalah tue cikgu. Murid murid sekarang bukan macam zaman kita dulu. Dapat pulak jenis mak ayah yg tak boleh anak kena usik/marah dgn cikgu. Lagi budak tue lemak.
Sabar jerrr lah cikgu. Ikhlas mengajar nih besar pahalanya. Selagi dia gunakan ilmu kita untuk dunia dan akhirat sampai bila-bila kita dapat pahalanya. sekadar berkongsi….
admin says:
yup,betul tu…